Thursday 3 March 2011

Lulus atau Gagal!

Perpindahan LPB di jendela perpindahan bulan Januari
Luar biasa, tidak pernah sebegini rupa perpindahan pemain dalam bulan Januari pada masa lalu berbanding pada musim kini.
Setelah penyokong The Kop tiba-tiba melihat Torres bermain dalam jersi biru milik Chelsea, Suarez & Carroll membentuk gandingan serangan idaman setiap kelab yang pastinya mereka mencemburui duo terbaru Liverpool ini. Sedangkan Harry Redknapp tidak dapat berbuat apa-apa.. Berikut merupakan ulasan perpindahan pemain 7 kelab yang popular di LPB pada musim ini:


1. Arsenal
    Arsene Wenger memutuskan bahawa tiada keperluan untuk menambah pemainnya dan hanya membawa masuk pemain muda Jepun iaitu Ryo Miyaichi dari Feyenoord.The Gunners masih lagi yakin dengan bahagian pertahanan yang sedia ada malahan mereka juga tidak melepaskan Manuel Almunia iaitu penjaga gol mereka ke kelab lain.


2. Aston Villa
    Menunjukkan hasrat mereka serta keyakinan terhadap pengurus, Houllier dengan meluluskan pembelian penyerang bernilai 30 juta pound untuk Darren Bent. Selain itu, mereka turut merekrut Jean Makoun dari Lyon, Kyle Walker (Spurs) dan Michael Bradley dari Monchengladbach serta meminjam penyerang prolifik mereka, John Carew ke Stoke City.


3.Chelsea
   

    Menetapkan sasaran utama mereka bermula dari pasaran perpindahan pemain dibuka tetapi apa yang lebih bermakna adalah pembelian lewat dan rekod perpindahan British sebanyak 50 juta pound dengan kejayaan memiliki striker Liverpool iaitu Fernando Torres berpaling meninggalkan Anfield. David Luiz juga dibawa masuk dari Benfica untuk matlamat jangka panjang. Tetapi yang menjadi persoalannya adakah Torres mampu menyengat di Stamford Bridge??


4.Liverpool
  

     Ramai peminat The Kop kini pasti tertanya-tanya sama ada mereka harus ketawa atau menangis kerana kehilangan Torres kepada Chelsea. Walaupun dia dijual dengan harga setinggi 50 juta pound ini tetap merupakan satu kehilangan besar buat Liverpool. Tetapi dengan pembelian Suarez dan Carroll masing-masing dari Ajax serta Newcastle pasti membuat penyokong mereka dapat melupakan keperitan yang menimpa mereka ini. Duo serangan baru The Kop ini diharapkan dapat mengembalikan saat seperti semasa era kegemilangan mereka dahulu.


5.Manchester City
    Boleh dirumuskan bahawa orang kaya Abu Dhabi sudah sedikit hilang minat atau pengurus, Mancini telah berjaya memujuk mereka bahawa tiada keperluan untuk terus berbelanja besar sedangkan kelab masih tidak menunjukkan peningkatan yang mendadak. Dengan melepaskan Adebayor (Real Madrid), Santa Cruz (Blackburn) dan Wayne Bridge ke West Ham secara pinjaman, kelab hanya membawa masuk bekas penyerang berbisa Wolfsburg dari Jerman iaitu Edin Dzeko sebagai menampung sengat di bahagian serangan mereka.


6.Manchester United
   Musim perpindahan? Apakah maknanya musim perpindahan? Fergie sebagai pengurus jelas mengetahui apa yang diperlukannya dan meminjamkan pemainnya yang tidak akan menjejaskan skuad sedia ada dengan membeli striker baru untuk bergandingan dengan striker yang sedia ada (Rooney, Berbatov) untuk menambahkan kekuatan pada bahagian serangan.  Dengan ura-ura Ferguson juga mahu mendapatkan penjaga gol yang setaraf Van Der Sar, hajat beliau menjadi kenyataan dengan membawa masuk penjaga gol Denmark dari kelab Aalesunds iaitu Anders Lindegaard dan terlepas untuk menambah pemain di bahagian lain. Mampukah penjaga gol baru ini dapat menandingi Van Der Sar apabila dia bersara? Sama-sama kita saksikannya nanti..


7.Tottenham Hotspurs (Spurs)
   Kelab kebanggaan saya ini telah melakukan impak yang bernilai buat pasukan kerana membuat kejutan dalam kejohanan eropah dan juga menewaskan juara tahun lalu iaitu Inter Milan dari Itali. Tetapi agak mengejutkan banyak pihak terutamanya di kalangan penyokong kelab kerana Harry Rednapp selaku pengurus sekali lagi dilihat tidak mampu memikat penyerang handalan dari kelab lain untuk memantapkan skuad. Tawaran lewat untuk Carroll, Aguero, Rossi, Llorente dan Forlan semuanya tidak kesampaian dan hanya mampu membawa masuk Steven Pienaar dari Everton dan pendatang baru, Bongani Khumalo dari Supersport United yang juga merangkap rakan Pienaar dalam pasukan kebangsaan Afrika Selatan. Sekali lagi tamparan dan kekecewaan pengurusan kelab untuk memikat pemain bertaraf dunia tidak menemui penyelesaian.

No comments:

Post a Comment