Friday 30 December 2011

Cerita United dan City


Satu persatu kejutan yang berlaku dalam kempen eropah pada musim ini. Yang terbaru ialah mengenai penyingkiran dua kelab gergasi Inggeris iaitu Manchester United dan Manchester City di peringkat kumpulan. Kedua-dua kelab ini berada pada kedudukan ke-3 dalam kumpulan masing-masing dan hanya layak untuk bertanding pada peringkat kedua kempen eropah iaitu Liga Europa. Kempen Liga Juara-juara Eropah pada musim ini menyaksikan hanya dua kelab dari Liga Inggeris sahaja yang membawa cabaran iaitu Arsenal dan Chelsea.

    Undian untuk 32 pasukan terakhir Liga Europa menyaksikan United dan City diundi berdepan kelab gergasi dari Portugal dan Belanda, satu cabaran yang agak sukar untuk ditempuhi oleh kedua-dua kelab dari Manchester ini.Ketika ramai yang menjangkakan kejatuhan kedua-dua kelab ini ke peringkat kedua Liga Juara-juara akan menjejaskan kemasyuran masing-masing di mata peminat, jadual perlawanan Liga Europa kedua-dua kelab ini tetap hangat seperti dalam fasa kalah mati Liga Juara-juara.

   City diundi akan bertemu juara bertahan kempen liga ini iaitu Porto yang juga merupakan juara bagi liga Portugal. Kedua-dua kelab ini akan bertembung di gelanggang Porto dan timbal balik akan diadakan di Stadium Etihad. Sementara itu, United pula akan bertandang ke Amsterdam Arena untuk bertemu gergasi Belanda iaitu Ajax Amsterdam dan timbal balik di Old Trafford.

   Satu lagi kelab besar yang gagal di Liga Juara-juara Eropah ialah wakil dari Sepanyol iaitu Valencia akan bertandang ke Stadium Brittannia untuk pertemuan timbal balik pertama bertemu Stoke City. 


Berikut adalah undian keseluruhan 32 pasukan terakhir:




Sumber: Wikipedia